Cinta Datang Lagi

Cinta Datang Lagi

4.11 - 1251 ratings - Source

CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab. Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta? Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?Sebuah Toyota Harrier kian mendekati. Bersama senyum sinis, Raisya berpeluk tubuh lalu berjalan semula. Bahasa tubuhnya menyampaikan maksudnya, a#39;I-dona#39; t-care!a#39;. Fariz ketawa, lucu dengan gaya Raisya. Walau tidak lama mengenalianbsp;...


Title:Cinta Datang Lagi
Author:Bikash Nur Idris
Publisher:Alaf 21 - 2009
ISBN-13:

Continue

You Must CONTINUE and create a free account to access unlimited downloads & streaming